TM

Rasai Kenikmatan Sebenar

Pengenalan Mengenai Kami Pakej Produk
Galeri Borang Tempahan Resepi Blog/keratan akhbar

 

Hubungi kami ditalian 03-42959154, email vzam01@yahoo.com.my

Mukadimah

Adakah anda mahukan perniagaan yang berkonsep murah dan mudah.Tidak memerlukan ruang yang luas. Peluang ini hanyalah untuk anda yang yang bersemangat kental menghadapi cabaran hidup. Sahutlah seruan kerajaan supaya bumiputra lebih ramai berniaga,Konsep perniagaan inilah yang dialu-alukan oleh Perdana Menteri kita iaitu YAB Datuk Ahmad Badawi supaya bumiputra menjalankan perniagaan secara francais.

Jadilah rakan niaga vzamcoffeeice. Semoga pelayaran anda dilaman Web ini akan membuka jalan anda kearah pembangunan diri dan negara.  

 

Tujuan 

1. Untuk membuka peluang penyertaan masyarakat di dalam dunia perniagaan "iceblended" secara beli dan niaga.
2. Untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda, graduan atau sesiapa juga.
3. Untuk menghasilkan pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup serta tabungan ekonomi keluarga.
4. Untuk membuka minat masyarakat khususnya generasi muda, bidang perniagaan sebagai kerjaya yang mempunyai potensi masa depan yang menjaminkan.
5.Untuk melahirkan generasi usahawan Bumiputra yang berdaya saing serta mampu mengadaptasikan arus globalisasi perniagaan terkini.

Semoga Allah memudahkan dan memurahkan rezeki  anda ..amin...                                                                                                                                                                             

Mengenai kami

Vzam Resources @ Vzam Coffee Ice telah ditubuhkan pada 19 April 2005 dimiliki sepenuhnya oleh dua usahawan iaitu:

Ezam Shah Abd Rahman(9w2ezm.blogspot.com)
Mohd Husmawi Hussain

Vzam Enterprise menjalankan perniagaan berkonsepkan Francais yang berdaftar "Malaysian Franchise Association" @ MFA.

Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya di seluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais sebagai seorang francaisi, usahawan tersebut telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan "trial and error” kerana operasi perniagaan berjalan secara mengikuti sebuah sistem perniagaan yang telah dikaji terlebih dahulu & ianya disediakan oleh francaisor. Pengiklanan, sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor. Justeru itu, program ini seharusnya diambil peluang oleh mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang perniagaan kerana konsep perniagaan francais itu sendiri berisiko rendah, berdaya maju dan lebih stabil.

Syarikat ini membekalkan kepelbagaian dalam minuman terutamanya "ice blended" juga minuman panas dan sejuk.Dibuat dan dibekal oleh orang tempatan(bumiputra),dimana produk kami memberikan jualan yang memberangsangkan kerana rasanya yang enak dan bermutu.

Perniagaan ini adalah satu pelaburan yang rendah dan tinggi pulangannya.Ia juga memberikan peluang pekerjaan dan pertambahan pendapatan dengan rancangan dan tempat berniaga yang strategi akan membuahkan hasil yang lumayan.

Memberikan pendapatan 50% keuntungan pada setiap jumlah jualan.

Pasaran pada perniagaan ini sangatlah besar,kami akan memberikan sokongan dan latihan diberikan kepada yang berminat menyertai kami.

Rangkaian kami telah berkembang ke serata Malaysia diseluruh pelosok negeri hampir 100-lebih rakan niaga kami ,jadilah salah satu dari rakan niaga Vzam Coffee Ice dimana ia mampu mencambahkan pendapatan anda,Sertailah kami.....

 

Pyzam Glitter Text Maker
 

 

Kebersihan untuk kesihatan ( Menjadi keutamaan perniagaan ini )

Kebersihan memainkan peranan dalam menjaga keadaan gerai atau mana-mana perniagaan yang melibatkan penyediaan makanan dan minuman.Ini termaktub dalam polisi syarikat penyediaan makanan dan minuman,dimana dikehendaki penyuntikan TY2 pada setiap individu yang menjalankan gerai makanan dan minuman.

Air yang bersih dan dimasak atau ditapis digalakkan selain ais yang diambil dari syarikat pembekalan ais yang bertauliah.Disamping pemakaian apron dan topi hendaklah diamalkan  selalu. 

 

Rangkaian

Vzam Resources telah mengorak langkah ke serata Malaysia dimana setiap negeri di Malaysia dan pelosok pekan dan bandarnya telah kami terokai,sertailah kami jadilah sebahagian daripada rangkaian Vzam Coffee Ice ,anda pasti akan berbangga menjadi salah satu dari rangkaian Vzam Coffee Ice

Vzam Coffee Ice berada diseluruh Malaysia

Stokis dan Sub stokis negeri

013-3037725   (Ezam) Kuala Lumpur
017-3656958   (Lina) Selangor
016-3169244   (Akhbar) Negeri Sembilan, Melaka
 (Ishak)  Johor Selatan
 (Akmal) Perak(Taiping)
 (Muda) Johor Utara
 (Khalid) Pahang , Terengganu , Kelantan 
 (Najmi) Kedah
 (Sharqawi) Perlis
 (Zaharah MRSM Grik) MRSM  (PUM)
 (Husin) Sabah (K.K)

Rakan Niaga ,stokis dan sub stokis di kehendaki...!!!

Masih Terbuka menjadi Stokis dan rakan niaga di PULAU-PINANG,  SARAWAK dan BRUNEI

Agen negeri juga masih terbuka di MELAKA,PULAU PINANG Dan PULAU-PULAU PERCUTIAN di Malaysia.Hubungi Kami Segera!!!!!!

 

Sistem perniagaan kami adalah "Perniagaan Mengikut Zon" dimana, francaisi diberi peluang untuk memilih lokasi yang disukainya.

 
          "Siapa Cepat Dia Punya"
 
Contohnya jika ada seseorang yang telah membuka cawangannya di UPMmaka kami tidak akan membenarkan francaisi baru untuk memasuki kawasan tersebut kerana tempat tersebut telah didaftar oleh francaisi sebelumnya.
 
Oleh itu jangan lepaskan peluang ini, rebutlah tempat yang strategik kerana peluang perniagaan ini akan datang hanya sekali,
 
Siapa cepat dia punya!! "Booking" tempat anda Sekarang!! 
Daftarlah tempat strategik anda segera sebelum terlambat!!